Sebut sahaja nama Pulau Perhentian saya pasti dalam fikiran kita akan menggambarkan suasana pemandangan pantai yang indah. Tahukah anda Pulau Perhentian adalah antara pulau tercantik di Malaysia yang juga dikenali sebagai Maldives of Malaysia. Pulau ini terletak di luar pantai Besut, mempunyai 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Kebiasaannya Pulau Perhentian Kecil adalah pilihan yang tepat kerana Perhentian Kecil lebih meriah dan popular dalam kalangan pelancong muda.Ini kerana ia lebih aktif pada waktu malam dengan pelbagai kedai dan restoran, manakala Perhentian Besar lebih tenang, sesuai untuk pengunjung yang mencari keselesaan dan privasi di resort mewah, dengan pemandangan matahari terbit yang indah.
Perhentian Kecil juga menawarkan lebih banyak pilihan aktiviti dan tempat tumpuan seperti Long Beach, manakala Perhentian Besar mempunyai lebih banyak resort persendirian dan pantai peribadi.
Pada 11 May 2008, saya telah berkesempatan untuk menghadiri Mesyuarat antara Jabatan di Arwana Perhentian Resort anjuran pihak Kementerian. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah Mesyuarat, Majlis penanaman pokok dan Majlis Pelancaran Jeti Taman Laut. Pada waktu malam pula kami menjalankan aktiviti mencandat sotong. Mencandat sotong adalah aktiviti memancing sotong menggunakan candat (umpan tiruan) yang popular di Terengganu dan kawasan pantai timur Malaysia, di mana para peserta akan mengikut bot nelayan ke laut pada waktu malam, menggunakan cahaya lampu untuk menarik sotong.








































