Pulau Redang, Terengganu

Setiap kita pasti teringin untuk mengunjungi pulau-pulau yang ada di Malaysia. Namun, tidak semua dapat peluang tersebut kerana memerlukan kos yang agak mahal dari segi pengangkutan dan juga peningapan. Bagi mereka yang mampu pula, sudah pastinya pilihan pulau yang ingin dikunjungi adalah Pulau Redang.

Pulau Redang merupakan pusat peranginan yang terkenal di Malaysia. Pulau ini terletak di negeri Terengganu. Mempunyai pasir yang putih dan air yang jernih. Bagi mereka yang berminat dalam ekosistem Terumbu Karang, Pulau Redang adalah pilihan yang terbaik. Pengunjung pastinya tidak jemu menikmati keindahan ikan dan coral yang ada di situ. Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di situ.

Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menjalankan tugas menjaga Pusat Taman Laut, Pulau Redang selama 1 minggu bermula pada 28.11.2018 – 6.12.2018 bagi mengantikan rakan yang bercuti menyambut Perayaan Hari Raya. Saya bersama tiga rakan kerja yang lain dengan sukarelanya membantu menjaga pusat tersebut. Kerja-kerja yang kami jalankan adalah memastikan pusat taman laut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat serta menjaga kaunter untuk pendaftaran pelawat yang menjalankan aktiviti Snorkeling (melihat keindahan Coral dan Ikan). Selain itu juga, saya berpeluang melepaskan anak anak penyu ke laut dan betapa seronoknya melihat anak penyu tersebut kembali ke laut dengan gembiranya. Dengan harapan semoga anak-anak penyu tersebut dapat membesar dengan baik dan selamat untuk keseimbangan ekosistem marin.

Sepanjang berada di situ, banyak pengalaman telah dipelajari dan pastinya tidak akan dilupakan. Semoga suatu hari nanti saya dapat berpeluang untuk mengunjungi semula Pulau Redang tersebut. Di sini saya kongsikan beberapa pemandangan dan aktiviti semasa di Pulau Redang. Harap sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepda pembaca semua.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *