Pada 17.12.2008, Akhirnya tercapai juga niat untuk mengunjungi Bandar Melaka, tempat yang penuh sejarah pada zamam dulu. Selama ini saya hanya mengetahui kisah hanya melalui buku sejarah tetapi hari ini dapat melihat dengan mata sendiri bandar bersejarah melaka.
Perjalanan dari Putrajaya ke Melaka mengambil masa selama 4 jam. Saya bersama kawan-kawan mulai perjalanan pada awal pagi dan sampai lebih kurang pukul 10pagi.
Tempat yang saya sempat saya melawat ialah A-Famosa, Museum Samudera. Melaka juga terkenal dengan pengangkutan Beca. Saya sempat menaiki beca untuk menikmati pemandangan di situ. Walaupun masa kami hanya sekejap sahaja tetapi pengalaman tersebut amat bermakna bagi saya.














