Taman Laut Pulau Payar ialah marin taman pertama di Malaysia yang terletak di Langkawi, Kedah. Taman Laut Pulau Payar ini terkenal dengan aktiviti snorkling dan menyelam. Airnya yang jernih, pasirnya yang putih serta bentuk ekosistem yang terkenal dengan kekayaannya seperti terumbu karang mampu menghambat hati setiap pengunjung yang datang.
Pada 6 Mei 2009 saya berpeluang untuk melihat sendiri Pulau yang terkenal tersebut. Kebetulan pada masa tersebut adalah Program Sambutan Hari Bumi 2009 peringkat kebangsaan. Pelbagai aktiviti dijalankan pada masa tersebut dan turut disertai oleh pelajar sekolah.
Kepada mereka yang berminat dengan ecosistem marin, Pusat Taman Laut Pulau Payar adalah tempat yang sesuai.


















































