Tip Of Borneo, Sabah

Tip of Borneo (Malay: Tanjung Simpang Mengayau) merupakan puncak atau penghujung Borneo. Ia terletak di Semenanjung Kudat, Sabah kira-kira tiga setengah jam (atau 215 kilometer) pemanduan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Simpang Mengayau bermaksud ‘persimpangan berlarutan’ kerana di sinilah Laut China Selatan berlegar dan bertemu dengan Laut Sulu yang mengalir dari timur.

Pada 10.08.2009, saya bersama rakan sekerja berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, Sabah. Untuk memanfaatkan masa yang ada setelah berkursus, kami memilih destinasi ke Tip Of Borneo, Kudat.

Keindahan dan pemandangan yang indah di Tip Of Borneo memang menakjubkan. Kejernihan air di pantai, mendengar suara ombak menerjang dalam batuan tanjung memberi rasa ketenangan dalam diri. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenangan.

Semoga suatu hari nanti saya dapat bertandang ke sini semula. Kepada mereka yang ingin pergi ke Sabah, Tip Of Borneo adalah satu tempat percutian yang harus dikunjungi.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *