Padang Besar, Perlis

Padang Besar adalah sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Walaupun ia adalah sebuah pekan yang kecil, Padang Besar ini mempunyai banyak tarikan yang tersendiri. Antara beberapa tempat yang menarik adalah:

  1. Ladang Burung Unta Perlis (Ostrich Farm)– Ladang ini ditubuhkan untuk memperkenalkan orang ramai kepada burung unta dan menggalakkan produk tempatan berasaskan burung unta seperti kulit dan daging.
  2. Teratai Putih Restaurant and Resort – Resort ini ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman kulinari yang menggabungkan makanan moden dan tradisional serta perkhidmatan hospitaliti terbaik. Pengunjung boleh menikmati makanan tempatan seperti tomyam dan laksa Perlis.
  3. Bukit Chabang Mari – Bukit Chabang telah menjadi tempat rekreasi yang popular untuk mendaki dan mengembara.
  4. Bazar Padang Besar – Bagi mereka yang suka membeli-belah, Bazaar Padang Besar adalah “syurga membeli-belah.” Ia terkenal dengan barangan murah yang dibawa dari Malaysia dan Thailand.
  5. Arked Niaga Padang Besar – Arked Niaga menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih teratur dan selesa kerana ia terletak berhampiran bazar.Produk tempatan, seperti kain batik dan perhiasan rumah, adalah antara yang menarik perhatian pengunjung.

Pada 06 September 2009, saya berpeluang melawat ke Padang Besar, Perlis. Walaupun tidak lama berada di sana saya sempat melawat ke Bazar Padang Besar, Arekd Niaga Padang Besar dan melihat Ostrich di Ladang Burung Unta. Betapa seronoknya dapat berkunjung ke situ kerana dapat melihat Burung dan juga telur Ostrich yang besar. Membeli belah di Bazar Padang Besar pula sangat mengujakan kerana terdapat banyak pilihan barang-barang kraf dan produk-produk tempatan yang menarik dan harganya berpatutan.

Semoga pada masa akan datang saya berkesempatan untuk datang semula ke Padang Besar, Perlis kerana banyak lagi tempat yang ingin saya terokai.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *