Bukit Broga, Semenyih Selangor

Kepada mereka yang berminat dengan aktiviti lasak seperti mendaiki bukit atau gunung dengan ahli keluarga. Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih, Selangor adalah salah satu tempat yang paling sesuai dan merupakan spot hiking popular terutamanya di kalangan mereka yang sudah berkeluarga.

Setiap hujung minggu kaki Bukit Broga akan dipenuhi pengunjung samada mereka yang selalu datang atau yang kali pertama. Dengan jarak pendakian sepanjang 1.5km, cabaran mendaki ke puncak adalah berkadar sederhana dengan tali keselamatan disediakan oleh pihak penyelenggara sepanjang laluan pendakian. Tidak rugi jika kita ingin mencuba mendaki Bukit Broga ini kerana bukan sahaja mempunyai pemandangan yang indah, tetapi merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan badan kita serta mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan.

Saya bersama rakan-rakan pada 7 Januari 2012 telahpun berjaya sampai ke puncak dan hasilnya semestinya pemandangan yang memang menakjubkan. Selepas mendaiki untuk rehatkan minda kita juga boleh bermandi manda di air terjun yang berdekatan.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *