LEGOLAND!!
Sebut sahaja Legoland, saya pasti semua kita mempunyai impian dan hasrat untuk bercuti di Legoland. Tidak kisahlh sama ada Legoland di dalam Malaysia ataupun di luar negara, yang pasti impian untuk mengunjungi taman Legoland tercapai.
Kepada mereka yang ingin ke taman Legoland, Legoland Malaysia adalah tempat terbaik yang perlu dikunjungi. Ia terletak di Iskandar Puteri Johor, Malaysia. Legoland Malaysia ini dibangunkan pada 15 September 2012 dengan bermacam-macam jenis permainan dan kawasan bertemakan lego disediakan untuk pelawat yang datang. Legoland Malaysia juga merupakan yang pertama ditubuhkan di Asia dan taman tema Legoland yang ke-enam ditubuhkan di seluruh negara.
Untuk memasuki ke taman Legoland ini, terlebih dahulu kita perlu ke kaunter atau membeli secara online tiket masuk. Tiket dijual mengikut kategari umur dan juga pakej yang kita hendaki. Tiket terbahagi kepada 3 jenis iaitu Theme Park, Water Park dan Aquarium. Bagi mereka yang bercuti lama sekurang-kurangnya 3-4 hari, dapatlah mereka menjelajah keseluruhan taman tema tersebut. Jika sebaliknya, mereka boleh datang pada hari yang lain.
Pada 2 June 2025, saya berkesempatan meluangkan masa ke Legoland dengan keluarga. Anak -anaklah yang teruja bila dapat berkunjung di situ. Walaubagaimanapun. saya tidak sempat untuk menjelajah ke semua tempat kerana kekangan masa. Sekurang-kurangnya ia mengambil masa selama 3 hari barulah kita merasa puas untuk meneroka seluruh taman tema tersebut. Oleh itu, semoga satu hari nanti saya akan dapat menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia lagi.












