Gua Kelam terletak di Negeri Perlis, Malaysia. Gua ini adalah terbentuk secara semulajadi dalam batu kapur yang dipercayai berusia jutaan tahun. Gua Kelam diberi nama kerana “kelam” bermaksud gelap yang mana hanya cahaya pelita digunakan untuk menerangi jalan suatu masa dahulu.
Pada sekitar tahun 1920-an, Gua Kelam terkenal sebagai laluan lombong bijih timah. Lombong ini diusahakan oleh pelombong Eropah, dan bijih timah diangkut keluar melalui gua dengan disinari pelita minyak tanah di sepanjang jalan yang sempit sepanjang lebih kurang 370 meter.
Kini, selepas era perlombongan berakhir, Gua Kelam dibangunkan sebagai tarikan pelancongan geologi dan rekreasi. Jambatan gantung kayu dalam gua telah dibuat dan gua tersebut dijadikan sebagai tempat pelancongan yang unik kerana pelawat perlu berjalan menyeberangi sungai bawah tanah. Pemandangan batu-batuan yang semula jadi dalam Gua kelam juga sangat unik dan menarik.
Gambar di bawah adalah gambar yang diambil semasa berada di Gua Kelam pada 9 Mei 2010.









