Pelepasan Anak Penyu @ Redang Marine Park Centre

Pelepasan Anak Penyu @ Redang Marine Park Centre

Pada 28 Ogos 2011, sekali lagi saya berkesempatan untuk menjalankan tugas di Redang Marine Park Centre, Pulau Redang.

 

Kali ini, saya berpeluang melihat anak-anak penyu yang sudah menetas dan menunggu masa yang sesuai untuk dilepaskan ke laut. Kebiasannya anak penyu akan dilepaskan secepat mungkin  selepas menetas (biasanya dalam tempoh 24 jam).

 

Menurut rakan sekerja di Marine park, masa yang sesuai untuk melepaskan anak penyu(tukik) ke laut adalah pada waktu senja atau malam hari. Waktu ini dipilih kerana untuk:

  • Mengelakkan Pemangsa siang hari seperti ketam besar, burung laut yang lebih aktig ketika waktu terang.
  • Suhu yang sejuk adalah masa yang sesuai atau petanda semula jadi bagi anak penyu bergerak ke arah laut.
  • Anak penyu menggunakan pantulan cahaya bulan dan bintang di permukaan laut sebagai kompas untuk mencari arah air.
  • Sementara masih bertenaga, anak penyu dilepaskan untuk memastikan mereka masih mempunyai simpanan tenaga yang cukup untuk beranang jauh ke tengah laut.

 

Pengalaman melepaskan anak penyu ke laut adalah momen yang sangat mengujakan dan emosi kepada saya kerana gembira melihat anak penyu yang comel merangkak ke ombak untuk memulakan kehidupan di lautan luas. 

 

Kepada mereka yang ingin mencuba pengalaman untuk melepaskan anak penyu, bolehlah hubungi Jabatan Perikanan untuk maklumat lanjut. 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *