Baru baru ini, tular di media sosial bahawa banyak burung telah mati kesan daripada Jerebu yang berterusan melanda negara ini sejak awal bulan Ogos 2026. Betapa kuatnya kesan pencemaran udara ini kerana ia tidak memilih mangsa bahkan menjejaskan semua manusia tanpa mengira umur, status atau latar belakang dan juga kehidupan haiwan yang ada di dunia ini.
Kadang -kala kita fikir bahawa burung adalah satu-satunya makhluk haiwan yang boleh terselamat daripada apa jua pencemaran atau gempa bumi ini kerana disebabkan burung boleh terbang bebas diantara satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi semua itu tidak benar kerana burung juga mempunyai had pernafasan mereka sendiri.
Tahukah anda bahawa apabila jerebu tebal melanda, kesan kepada burung adalah jauh lebih teruk dan berbahaya berbanding manusia kerana:
1) Paru-Paru Burung Lebih Cepat Rosak berbanding Manusia kerana burung mempunyai kantung udara untuk membekalkan oksigen segara berterusan semasa terbang.
2) Suasana Pagi Menjadi Sunyi kerana burung kurang berkicau atas sebab untuk menjimatkan tenaga dan melindungi sistem pernafasan mereka daripada menyedut lebih banyak udara kotor.
3) Burung "Hanya Bertengger" dan Kurang Terbang kerana jarak penglihatan yang sangat terhad boleh menyebabkan risiko tinggi terlanggar cermin bangunan tinggi
4) Kesukaran untuk Mencari Makanan dan Hilang Arah.
Disebabkan kerangkusan manusia, akhirnya haiwan yang tidak berdosa menjadi mangsa dan habitat hidupan mereka musnah sama sekali dan tidak akan sama seperti dahulu lagi. Betapa sedihnya melihat burung yang sekecil itu mati kerana burung adalah simbol kebebasan dan keindahan alam, jadi melihat mereka kaku tanpa nyawa pastinya menyentuh hati sesiapa sahaja yang mempunyai empati.
Tambahan pula di Kalimantan, Indonesia sangat kaya dengan flora dan faunanya, malah ia merupakan salah satu kawasan yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di dunia. Tetapi kini, segalanya telahpun musnah dan
Tontonilah Video pendek di bawah hasil daripada nukilan AnjelBlog untuk tatapan anda dan juga saya di masa hadapan. Ketika ini perasaan saya masih lagi kecewa dan sedih apabila melihat kemusnahan habitat, kepupusan spesis dan kerosakan ekosistem yang hampir mustahil untuk dipulihkan semula. Semoga khazanah bumi berusia beratusan juta tahun ini masih ada sisa harapan untuk dipertahankan.



