Malaysia terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta pelbagai kumpulan etnik peribumi di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan latar belakang budaya, adat resam, dan agama yang berbeza-beza. Bukan itu sahaja, bahkan mempunyai masakan yang pelbagai dan berbeza-beza.

Saya pasti semua kita mempunyai resepi masakan masing-masing. Setiap daripada kita juga mempunyai citarasa yang bebeza-beza. Ada sesetengan kita juga pasti suka masakan yang pedas, manis, bergoreng, masam manis, berkuah dan sebagainya. Apa-apapun cara masakan kita, yang penting masakan itu seharusnya sedap dan membuka selera di hati orang tersayang atau keluarga. Bukan untuk mereka yang berkeluarga sahaja malah untuk golongan muda atau mereka yang masih bujang juga pasti inginkan hidangan masakan yang ringkas, mudah dan budget tetap enak dimakan.

Dalam laman ini, saya ingin kongsikan mengenai resepi masakan yang selalunya menjadi kesukaan ahli keluarga saya terutamanya anak-anak. Anak-anak saya pula memang suka masakan yang pedas-pedas. gitu. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba resepi yang baru. Selamat mencuba!

Masakan Bidayuh

  • Ayam Pansuh
  • Ikan Patin masak tempoyak
  • Sayur Ubi
  • Sayur buluh
  • Masakan itik
  • Laksa Sarawak
  • Sayur Kailan ikan masin
  • Acar Sarawak

Masakan India

  • Kari Ayam
  • Kari Udang
  • Kari Ikan
  • Sambal Ikan Bilis
  • Sambal Ikan
  • Sambal Sotong

Lain-lain Masakan

  • Tomyam Sup
  • Sayur Campur
  • Nasi Goreng
  • Meehon Goreng
  • Sandwich Tuna
  • Nasi Lemak