Bercuti di Bali, Indonesia

Bercuti di Bali, Indonesia

Kepulauan Bali terletak di Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia. Pulau ini terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang mempunyai pantai yang menakjubkan.


Kepulauan Bali ini kebiasannya menjadi tarikan atau pilihan utama pelancong terutama yang baru sahaja berbulan madu “honeymoon”.  Keindahan pantai dan pemandangan alam semulajadi menjadi tarikan para pelancong.

 

Bali juga terkenal dengan pemandangan sawah padi yang unik dan menakjubkan kerana terkenal dengan landskap teres bertingkat. Disamping itu, panorama hijau yang tenang dapat menarik para ahli fotografi atau pengunjung datang bergambar atau mencari ilham di situ.  Bali juga terkenal dengan Kopi Luwak iaitu kopi eksklusif terma yang dihasilkan daripada biji kopi yang dimakan, ditapai dalam saluran pencernaan dan dikumuhkan oleh musang luwak dan ia adalah antara kopi paling mahal di dunia, mencecah ratusan dolar sekilogram.

 

Pada 17/11/2016 saya berpeluang bercuti selama 3 hari 2 malam di Bali. Ya,memang apa yang dikatakan mengenai Pulau Bali ini sangat mengujakan. Seperti saya ingin kembali sekali lagi untuk melihat keindahan dan kedamaian pulau tersebut. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk kenangan.

 

 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *