Sebut sahaja nama Sabah, saya pasti semua kita akan teringat degan perkataan ‘negeri di bawah bayu’ dan juga terkenal dengan nama Gunung Kinabalu. Gelaran ‘negeri di bawah bayu’ ini berasal daripada frasa Inggeris “Land Below The Wind”, yang merujuk kepada kawasan daratan yang terletak di bawah pengaruh taufan di Lautan Pasifik. Gelaran ini dipilih kerana keindahan alam semula jadinya dan iklimnya yang nyaman.
Pada 15.04.2007, saya berpeluang untuk menjejak kaki ke ‘negeri di bawah bayu’ ini atas urusan kerja rasmi. Walaupun hanya 3 hari berada di sabah, saya sempat melawat ke beberapa tempat seperti makan di kedai restaurant seafood di Sabah, membeli barangan kraf Sabah dan juga sempat menaiki bot ke Pulau Manukan. Memang tidak disangkal lagi, keindahan alam semulajadi dan iklim yang nyaman di sabah sangat memukaukan hati setiap pengunjung.
Semoga suatu hari nanti, saya berpeluang untuk datang semula dan melawat ke tempat -tempat menarik yang lain.





















