Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Jambatan terpanjang di Malaysia adalah terletak di Sarawak iaitu: Jambatan Batang Lupar 1. Di sini saya ingin ringkaskan mengenai Jambatan tersebut.
✅ Jambatan ini dibuka pada 21 Mei 2026. Terletak di Bahagian Samarahan/Betong, menghubungkan Sebuyau dan Maludam.
✅Jambatan ini berukuran sepanjang 4.84 kilometer (4,884 meter).
✅ Pembinaan Jambatan ini dapat menyediakan laluan tetap, selamat dan lebih efisien kepada penduduk pengguna jalan raya di kawasan pesisir antara Sebuyau dan Maludam.
✅ Jambatan ini turut menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai jambatan rentas sungai terpanjang di Malaysia.
Pada 23 Mei 2026. Saya berpeluang melihat sendiri Jambatan Batang Lupar 1. Perjalanan dari Kuching ke tempat tersebut mengambil masa 2 – 3 jam. Sepanjang perjalanan kita dapat melihat keindahan alam semulajadi, cara hidup penduduk tempatan serta dapat membeli hasil laut /hasil hutan dari penduduk yang berniaga di sepanjang perjalanan.
Kepada mereka yang suka dengan keindahan alam, destinasi ke Jambatan Batang Lupar 1, dapat memberikan satu pengalaman yang baru.
Tontonilah video ringkas pemandangan Jambatan Batang Lupar 1.
