Tempat menarik di Daerah Lundu

Tempat menarik di Daerah Lundu

Bagi mereka terutamanya yang bukan berasal dari Sarawak, pasti tertanya-tanya di mana lokasinya Daerah Lundu dan apa yang menariknya jika berkunjung ke situ?

Daerah Lundu terletak di bahagian Barat Daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat Indonesia. Jarak dari Bandar Kuching ke Daerah Lundu adalah sejauh 81- 100km manakala memandu mengambil masa 1.5 hingga 2 jam. Lundu terkenal sebagai destinasi pelancongan yang cantik kerana mempunyai tarikan alam semulajadi seperti Taman Negara Gunung Gading yang menjadi habitat bunga Rafflesia, pantai yang indah di sematan, serta air terjun.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dan tempat menarik yang kita boleh dikunjungi di daerah Lundu.

Kepada mereka yang suka beriar-siar dan mandi manda di pantai, Roxy Hotel Lundu adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua terutamanya yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Selain mempunyai pantai yang cantik, banyak aktiviti riadah yang kita boleh lakukan seperti berkelah bersama Keluarga, mandi manda di pantai atau kolam, Menunggang ATV, bermain layang-layang, memasang Khemah (Camping), bermain bola tampar pantai serta boleh melihat dan merakam gambar matahari terbenam.

Selain itu juga, kepada mereka yang suka kepada makanan Laut, seperti ketam galah, udang, sotong dan banyak lagi, jangan ketinggalan untuk mengunjungi kedai-kedai makan di pekan Lundu. Pelbagai menu yang menarik disediakan dan harganya juga berpatutan.

Di bawah adalah gambar dan video Roxy Hotel , Lundu Sarawak. Semoga dapat memberi gambaran sebelum anda mengunjungi tempat tersebut. Please Like and Subscribe.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *