Selamat Hari Merdeka tahun 2026 kepada pembaca semua. Sambutan Hari Merdeka tahun ini di Kuching, Sarawak tidak begitu meriah kerana disebabkan jerebu yang melanda negeri sarawak baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, kami di kuching ini tetap menyambut Hari Merdeka dengan cara masing-masing. Jalur gemilang tetap kami kibarkan di rumah masing-masing dan lagu kemerdekaan yang dikumandangkan di setiap pusat membeli belah dan corong radio serta televisyen menyemarakkan lagi semangat patriotik kami.
Semoga negara kita sentiasa hidup dalam suasana aman, bahagia dan harmoni. SELAMAT HARI MERDEKA!

