DAMAI BEACH, KUCHING
Sarawak dikenali sebagai “Bumi Kenyalang” kerana terkenal dengan populasi Burung Kenyalang yang tinggi sebagai simbol kebanggaan. Bukan itu sahaja, Sarawak juga merupakan sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika kerana ia sebahagian daripada hutan hujan Borneo, yang tertua di dunia dengan anggaran umur kira-kira 130 hingga 140 juta tahun. Oleh kerana sarawak kaya dengan kepelbagaian ekosistem, ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung.
Salah satu tempat yang pasti menjadi destinasi percutian popular di kalangan pengunjung ialah Pantai Damai di Santubong, kuching. Pantai ini terletak kira-kira 45 minit (35km) dari pusat bandar, menawarkan pasir putih, air jernih dan pemandangan Gunung Santubong yang ikonik.
Selain itu juga, terdapat beberapa tarikan tempat yang boleh dikunjungi tidak jauh dari Pantai Damai Kuching iaitu:
- Sarawak Cultural Village (Kampung Budaya Sarawak): Hanya bersebelahan dengan resort.
- Kubah National Park / Permai Rainforest: Sesuai untuk aktiviti jungle treking atau melihat hidupan liar.
Di sini ingin saya kongsikan beberapa gambar pemandangan Pantai Damai kuching yang telah saya kunjungi. Ketika itu, saya bermalam selam 3 hari 2 malam di Pantai Damai Resort.
Diharapkan dapat membantu anda untuk mengenali lebih dekat lagi mengenai resort tersebut serta menjadi panduan untuk dikunjungi.














