Saya pasti bila disebut sahaja nama “Orang Utan” semestinya kita akan fikirkan Negeri Sarawak. Ini kerana negeri tersebut terdiri daripada pelbagai jenis spesis haiwan termasuk “Orang Utan” yang menjadi penghuni purba di Borneo, dengan kehadiran selama jutaan tahun.
Sejak tahun 1999, populasi Orang Utan ini telah menurun secara drastik akibat kehilangan habitat. Oleh itu, untuk menggelakkan daripada pupus, Sarawak Forestry telah bertanggungjawab untuk memastikan habitat hidupan dilindungi dengan mewujudkan Semenggoh Wildlife Center.
Semenggoh wildlife Center terletak di KM 20, Jalan Borneo Highland, kuching Sarawak dan boleh diakses dengan mudah melalaui jalan darat. Sangatlah rugi sekiranya berkunjung ke Kuching, sarawak tidak berkunjung ke Semenggoh Wildlife Center kerana ia adalah satu pengalaman yang mendebarkan melihat orang utan di habitat asli mereka dengan lebih dekat.
Di bawah adalah beberapa gambar yang telah diambil semasa saya mengunjungi tempat tersebut. Semoga dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada semua.






