Damai Beach Resort

Damai Beach Resort

DAMAI BEACH, KUCHING

Sarawak dikenali sebagai “Bumi Kenyalang” kerana terkenal dengan populasi Burung Kenyalang yang tinggi sebagai simbol kebanggaan. Bukan itu sahaja, Sarawak juga merupakan sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika kerana ia sebahagian daripada hutan hujan Borneo, yang tertua di dunia dengan anggaran umur kira-kira 130 hingga 140 juta tahun. Oleh kerana sarawak kaya dengan kepelbagaian ekosistem, ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung. 

 

Salah satu tempat yang pasti menjadi destinasi percutian popular di kalangan pengunjung ialah Pantai Damai di Santubong, kuching. Pantai ini terletak kira-kira 45 minit (35km) dari pusat bandar, menawarkan pasir putih, air jernih dan pemandangan Gunung Santubong yang ikonik. 

 

Di sini ingin saya kongsikan beberapa gambar pemandangan Pantai Damai kuching yang telah saya kunjungi. Diharapkan dapat membantu anda untuk mengenali lebih dekat lagi pantai tersebut.

 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *